Friday, June 8, 2012

Hii King Chiong top illegal logging boss in northern Sarawak?


 Di khabarkan bahawa business partner Datuk Robert Geneid dalam Rich Venture Construction Sdn Bhd adalah antara 'tauke' illegal logging terbesar di utara Sarawak.

Hii King Chiong adalah paymaster atau 'sponsor' kepada beberapa gangster di miri dan utara Sarawak.  Hii King Chiong dan syarikat-syarikat miliknya mendapat beberapa ratus ribu ekar konsesi balak dengan 'lobbying' Datuk Robert Geneid.  Hii King Chiong of Kingwood and Fonsen Group of companies which are dealing in timber, oil palm, sago, property,construction, shipping and hotel businesses in Malaysia and overseas.

Tidak cukup dengan itu Hii King Chiong memotong balak secara haram atau 'rompak' berpuluh ribu ekar di pertengahan dan utara Sarawak.  Perbuatan-perbuatan ini adalah rompakan kerana bukan sahaja royalti/cukai kepada kerajaan negri todak dibayar atau 'undeclare' tetapi juga pampasan kepada orang kampung tidak dibayar.

Antara gangsters yang di'biayai' oleh Hii King Chiong untuk pembalakan haram 'perompakan' adalah Achiko.  Achiko dan gangsternya sudah terlibat dalam beberapa kes pembunuhan dan serangan ganas terhadap orang kampung yang membantah kegiatan pembalakan haramnya.

Sejak tahun lepas Hii King Chiong dan gangster-gangsternya merompak balak di 'Marau Forest Reserve'.  Iaitu bukan sahaja hutan yang mereka tidak diberi lesen oleh kerajaan tetapi juga hutan yang di gazetkan oleh kerajaan sebagai 'protected'.  Kaum Lakiput di kawasan itu jugan tidak diberi pampasan seperti mana dalam laporan akhbar Utusan Sarawak November 2011 berjudul, "Kaum Lakiput tuntut pampasan dari syarikat pembalakan".

Hii King Chiong 'amat rapat' dengan Pengarah Perhutanan Negri iaitu Tuan Haji Ali Yusop.