Thursday, December 15, 2011

Diantara penghasut/pencuri dan mangsa


Adakah semua adik-beradik taib mendapat ratusan ribu ekar balak atau plantation dari taib?  Jika ada adik-beradik yang menegur taib sejak hampir 20 tahun dahulu agar jangan 'keterlaluan' adakah mereka diikuti oleh taib atau dipinggir?


Dari 1983 sehingga 1995 Aisah Zainab Mahmud menolong (berkorban dan bekerja) untuk menolong taib.  Pada waktu getir untuk taib Ming Court 1987, Aisah Zainab Mahmud merupakan salah satu daripada beberapa orang yang merupakan tunjang kepada kekuatan taib sebagai ketua menteri.  Robert Geneid dan raziah mahmud 'haram batang hidung' pun tiada di Sarawak.

Namun setelah taib sudah kuat dalam tampuk kuasa ketua menteri, raziah dan robert geneid 'menyusup' ke dalam.   Aisah Zainab Mahmud menasihati taib agar jangan 'keterlaluan' dalam pengurusan ekonomi sarawak namun nasihatnya itu tidak disenangi taib.

Raziah/Robert Geneid menghasut taib bahawa aisah zainab tidak mahu taib kaya raya dan  kononnya 'cemburu' dengan puluhan ribu juta yang boleh diraih oleh taib jika taib terus mengamalkan pengurusan ekonomi 'keterlaluan' sebagaimana ditegah oleh Aisah.
Taib mendengar semua fitnah dan hasutan Raziah/Robert Geneid manakala tidak senang dengan nasihat Aisah Zainab Mahmud agar jangan 'keterlaluan'.  Aisah Zainab Mahmud dipandang buruk dan hina oleh taib. Aisah Zainab Mahmud 'membawa diri' ke KL daripada terus difitnah, hasut, sabotaj (menggunakan gangster) oleh Robert Geneid dan Raziah Mahmud.

Suami adik taib Amar Hajar Fredahanum juga telah kurang setuju dengan 'keterlaluan' taib namun beliau di paksa berhenti dari jawatan kerajaan secepat mungkin.  Puan Sri Amar Hajar Fredahanum serta suami telah bermastautin di kuala lumpur selama beberapa semenjak di 'buang negeri' oleh Dato Haji Robert Genied (orang lubnan namun sungguh berkuasa di Sarawak).

Diantara mangsa lain Dato Haji Robert Geneid dan Dato Raziah Mahmud adalah juga adik Taib iaitu Dato Seri Panglima Onn Bin Mahmud.  Setelah beberapa tahun difitnah dan dianiayai oleh Dato Haji Robert Geneid dan adiknya sendiri Raziah, Onn tidak tahan dan 'membawa diri' keluar dari Sarawak.

1 comment: